4 Sahabat Rasulullah

"Umar meminta izin supaya disemadikan bersama kedua-dua sahabatnya"
Semasa Abdullah bin Umar (anak Sayidina Umar) sampai ke rumah Sayidatina Aisyah, terus Sayidatina Aisyah menangis setelah mendengar hajat tersebut.
Lalu berkata Sayidatina Aisyah :
"Sebenarnya saya ingin tempat itu nanti menjadi kuburan saya. Namun... pada hari ini biarlah didahulukan kepentingan Umar daripada kepentingan saya sendiri."
Anak Umar pulang ke rumah dengan membawa berita gembira tersebut lalu berkata Umar,
"Alhamdulillah, tidak ada yang lebih penting selain keizinan tersebut. Jika ayah meninggal dunia nanti, bawakanlah jenazah dan ucapkan salam kepada Aisyah. Katakan padanya, Umar meminta izin... jika beliau mengizinkan maka kuburkan ayah di sisi Rasulullah S. A. W dan Abu Bakar. Namun, jika beliau menolak, kebumikan ayah di perkuburan orang-orang Islam.
Allahuakbar!
Sebaknya baca ????
Novel remaja dan kanak-kanak ini akhirnya memberikan juga cerita-cerita yang jarang kita perdengarkan tentang keempat-empat sahabat Rasulullah ini. Memiliki 4 buku ini sangat besar ertinya.
Ringkas. Padat. Penceritaan secara novel. Membuatkan kita baca dan baca lagi untuk tahu. Lalu kita mengenali secara dekat 4 sahabat ini dan segala perilaku.
Ya Rasulullah S. A. W, kami merinduimu.
Wahai sahabat, jika kita mahu belajar cara mencintai Rasulullah, belajarlah dari 4 sahabat Rasulullah ini yang mana 2 darinya berada di sisi Rasulullah sehingga sekarang sampai kiamat.
Jom baca 4 buku ini.